
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS ILMU MADANI
24 FEBRUARI 2025 | ISNIN | 8.00 MALAM
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem, Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang saya muliakan, Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri,
Tokoh dan muallim yang terkenal, yang juga menjadi benteng sebagai imam dan khatib Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis;
Saudara Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar,
Menteri Agama;
YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri Agama;
Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah,
Menteri Wilayah Persekutuan; dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Malam ini Majlis Ilmu MADANI diserikan dengan kehadiran seorang alim, masyhur dan juga yang merupakan benteng pertahanan sebagai imam khatib Masjid Al Aqsa di bumi bertuah, Baitulmaqdis, Palestin.
- Jadi kita muliakan kehadiran beliau dengan beberapa acara, termasuk kemuncak yang pada malam ini dan beliau tentunya mengemukakan usul supaya masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang beliau hargai sebagai salah satu negara yang agak ke depan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin sama ada di Gaza atau di Baitulmaqdis.
- Jadi mohon kerjasama rakyat untuk meneruskan agenda kita, menunjukkan ihsan kita, tanggungjawab kita, meringankan beban mereka sama ada di Gaza atau di Baitulmaqdis. Bantuan kemanusiaan perlu kita teruskan dan Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri mohon supaya kita juga bantu kemajuan di Baitulmaqdis.
- Suasana di masjidnya Jamiah Al Quds yang berpengkalan di Baitulmaqdis. Madaris atau madrasah-madrasah di sekitarnya dan saya telah sama-sama bincang dengan Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar dan rakan-rakan supaya selain daripada bantuan khusus Gaza, pemulihan Gaza, kita juga akan membuatkan satu bantuan khusus untuk wakaf untuk Jamiah Al-Quds, Universiti Al-Quds dan madaris (sekolah-sekolah) termasuk hospital di Baitulmaqdis.
- Jadi saya harap dengan usaha ini kita dapat meningkatkan khidmat kita dan meringankan beban mereka kerana saudara sedia maklum, masih ada sebuah universiti namanya Jamiah Al-Quds di Baitul Maqdis tetapi memerlukan bantuan umat.
- Kita akan luncurkan pada malam ini dan pihak kerajaan, insya-Allah akan terus memberikan ruang dan bantuan supaya universiti itu dapat tegak. Saya telah meminta mereka berbincang juga dengan Menteri Pendidikan Tinggi dan universiti-universiti tempatan dan sekolah untuk mengadakan jalinan hubungan bagi memperkukuh kegiatan universiti tersebut.
Saudara-saudari,
- Untuk makluman, saya dua hari lalu baru kembali dari kunjungan rasmi ke Bahrain. Sebahagiannya untuk menziarahi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang sudah beransur pulih dari kegeringan tetapi saya juga diundang oleh Syeikhul Azhar Al-Sharif untuk hadir dan memberikan ucaptama di satu sidang ulama dan sarjana Islam dunia.
- Apa yang kita sampaikan ialah, dalam keadaan umat Islam itu lesu, Palestin dibantai, Baitul Maqdis digugat, masih ramai yang bergelut dalam usaha-usaha yang remeh yang menimbulkan perpecahan. Semangat daripada kumpulan itu, daripada ulama-ulama terkemuka dunia yang dipimpin oleh Syeikhul Azhar Al-Sharif, adalah untuk mengajak umat menggembleng tenaga, tiup ruh jihad dan ruh Islam, angkat martabat mereka dan tumpu ke arah pembangunan umat dalam semua bidang.
- Bayangkan, saya sampaikan kepada mereka dalam dunia yang bersaing penuh menghancurkan sebahagian umat Islam. Kemudian melemahkan kekuatan kita. Kita masih bertempur dalam hal-hal yang remeh dan gagal membantu umat termasuk dalam pembangunan semula Gaza. Itu pesan pertama. Yang kedua, dunia mencabar, tanpa kekuatan ekonomi, tanpa kekuatan artificial intelligence (AI) dan digital kita akan tertinggal kebelakang. Dia tidak hanya mencedok dan menciplak idea barat, tetapi kita kena kukuhkan dalam semangat MADANI ini soal akidah, akhlak, nilai dan ihsan, kerana ini yang menentukan kita ini kekal dengan wajah dan keyakinan Islam.
- Mudah-mudahan saudara-saudari, saudara-saudara yang dimuliakan, kita beringat dan kehadiran Sheikh Dr Ekrima ini kita manfaatkan untuk memberi gesaan. Beliau mewakili satu kawasan yang (bukan sahaja) punyai sejarah gemilang, sejarah Israk Mikraj, sejarah Umar al-Khattab, sejarah Salahuddin al-Ayubi. Tetapi sejarah yang gelap gulita dalam dunia kerana pencerobohan, kezaliman, penjajahan oleh Zionis Israel.
- Jadi mudah-mudahan saudara-saudari, mengingatkan kita, tanpa kekuatan dalaman kita di Malaysia yang dilihat sebagai punyai potensi dan keupayaan, kita tidak boleh bantu sesiapa. Jadi doa ke hadrat Allah SWT apa lagi dengan hadirnya Ramadan Kareem, “kulluam wa antum bi khair”, kita dapat meningkatkan darjat ketakwaan kerana puasa itu untuk “la’allakum tattaqun”.
- Jadi sekali lagi bagi pihak semua kita, on behalf all of us, we want to express our profound appreciation towards Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri.
Syukran jazakillah khairan.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Similar Posts:
- PERBINCANGAN INTELEKTUAL UNTUK RESPONS KEPADA ISLAMOFOBIA – PM ANWAR
- PM SARAN GOLONGAN MUDA BANGKIT SEBAGAI KEKUATAN BAHARU MALAYSIA MADANI
- ISRAK MIKRAJ: RAKYAT DISERU BANGKIT PERBAHARUI TEKAD, TINGKAT MARTABAT
- MALAYSIA MADANI ANGKAT SEMULA MARTABAT NEGARA – PM ANWAR
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG